fb fb fb fb fb

Pemandu lori tangki miliki 20 saman ditahan

(FOTO JPJ PERLIS)

KANGAR, 11 Oktober- Seorang pemandu lori tangki ditahan oleh Pasukan Operasi Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis kerana kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu tamat tempoh, selain mempunyai rekod 20 saman aktif.

Pemandu berusia awal 30-an itu mendakwa gagal memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Vokasional (GDL) kerana majikan tidak membayar saman yang dikenakan ke atasnya.

Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, lori tangki tersebut disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 kerana lesen kenderaan berat itu telah tamat tempoh sejak tahun 2021, serta tidak mempunyai perlindungan insurans.

Sementara itu, pemandu dan pemilik lori tangki terbabit disaman di bawah Seksyen 26(1), 23(1) & 90(1) akta sama bagi kesalahan berkenaan.


(FOTO JPJ PERLIS)

Media Baharu