fb fb fb fb fb

72 permohonan diterima sejak BEEP dilancarkan

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Program Peningkatan Enterpris Bumiputera Plus (BEEP) Sabah dan Sarawak telah menerima 72 permohonan sejak dilancarkan pada 1 Oktober.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick peserta yang layak bakal menerima Geran Padanan sehingga 70 peratus pembiayaan atau maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kelulusan.

"Program itu di bawah Program Pengukuhan Mikro MADANI oleh SME Corp. Melalui program ini, geran sebanyak RM10 juta telah disediakan khusus untuk usahawan Bumiputera, Sabah dan Sarawak. Program ini menawarkan bantuan secara Geran Padanan sehingga 70 peratus pembiayaan atau maksimum sebanyak RM250,000 bagi setiap kelulusan," kata Ewon ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali anak Biju mengenai langkah kerajaan mempertingkat keupayaan usahawan B40 dan muda terutama di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Ewon, Program Inclusive SME Ecosystem (I-SEE) juga telah memberi manfaat kepada 30 inovator Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan kelulusan geran berjumlah RM4.6 juta bermula 2021 hingga Ogos 2023.

Sementara itu, seramai 1,852 usahawan belia Sabah dan Sarawak telah menerima geran sebanyak RM25.54 juta menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sejak 2014 hingga kini.


(Tambah Ewon, Program Inclusive SME Ecosystem (I-SEE) juga telah memberi manfaat kepada
30 inovator PMKS dengan kelulusan geram berjumlah RM4.6 juta bermula 2021
hingga Ogos 2023.)

Media Baharu