TANGKAK, 11 Jun- Seorang lelaki berumur 43 tahun maut setelah lori yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta.
Kejadian berlaku di Kilometer 150 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Selatan, Tangkak, Johor pagi tadi.
Isteri mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, cedera ringan.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Dua Jahairi Shukor berkata seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir dan Tangkak, digerakkan ke lokasi.
"Pasukan Khas Operasi (PKO) menggunakan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala isterinya yang cedera, dihantar ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan, " kata Jahairi kepada media di sini.
(Pemandu lori maut kemalangan dengan kereta)