fb fb fb fb fb

Peluang Son Heung-min beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 masih samar

( Aksi Son Heung-min ketika menetang Marseille pada Liga Juara-Juara)

SEOUL, 5 November- Bintang Korea Selatan, Son Heung-min dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan berikutan kecederaan muka yang dialaminya ketika perlawanan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Pemain sayap Tottenham Hotspur itu dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian soket matanya ketika menentang skuad Marseille.

"Kami dimaklumkan oleh pengurusan Tottenham Hotspurs bahawa pembedahan tersebut berjalan lancar dan berjaya," kata seorang pegawai Persekutuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) kepada AFP.

(Logo Persekutuan Bola Sepak Korea Selatan /Facebook rasmi)


Namun, KFA enggan mengulas lanjut tentang peluang pemain itu untuk beraksi pada kejohanan berprestij dunia di Qatar bermula 20 November ini.

"Ini bukan masa sesuai untuk berkata tentang status Son di piala dunia. Kami tidak berkata ia sesuatu yang mustahil cuma tidak sesuai untuk dibincangkan," jelas pegawai itu lagi.

Pemain prolifik Spurs itu telah membantu Korea Selatan pada aksi Piala Dunia 2018 di Rusia.

Namun,hanya menduduki tangga ketiga pada peringkat kumpulan.

Media Baharu