fb fb fb fb fb

Pelbagai inisiatif ditawar untuk pelajar menyambung pengajian

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 5 Julai - Pelbagai inisiatif disediakan bagi memudahkan pelajar dari pelbagai latar belakang menyambung pengajian termasuk dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata ia bagi memastikan lebih ramai pelajar dapat menempatkan diri ke universiti, seterusnya menyumbang kepada pembangunan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi.

"Pelbagai inisiatif diberikan kepada pelajar-pelajar ini untuk menarik mereka masuk ke universiti."

"Dalam universiti sendiri, banyak inisiatif ditawarkan daripada Kerajaan Madani untuk mereka dan seterusnya melangkah lebih jauh," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan surat tawaran tersebut kepada pelajar di kawasan Sepanggar.

Seramai 1,102 pelajar di kawasan itu menerima surat tawaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Antara inisiatif diberi sumbangan RM500 daripada Yayasan Perkasa Siswa, wang pendahuluan pinjaman PTPTN sebanyak RM1,500 serta bantuan tunai tambahan daripada pejabat Parlimen Sepanggar.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI