fb fb fb fb fb

Kawalan sempadan negara diperkukuh seiring standard antarabangsa

Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 5 Julai - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) terus diperkasa dengan pelantikan kepimpinan baharu dan penugasan strategik, demi memastikan kawalan sempadan negara diperkukuh. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yakin Ketua Pengarah baharu, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain mampu menerajui AKPS, serta menangani cabaran keselamatan sempadan dengan lebih berkesan.

Katanya, beberapa tugasan khusus juga dilakukan agar kawalan pintu masuk negara dipertingkat, seiring standard antarabangsa.

"Penubuhan agensi ini kita mengambil kira isu yang berlaku dalam negara untuk memastikan kawalan di pintu sempadan seluruh negara benar-benar pada tahap yang baik."

"Kita berharap negara menyamai negara lain yang juga telah lama mewujudkan agensi seperti ini," katanya.

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar berkata demikian selepas Lawatan Rasmi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), di sini.

Kawalan ketat di pintu masuk negara turut menjadi tumpuan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI