fb fb fb fb fb

Pelatih, kakitangan PUSPEN Perlop ditahan bantu siasatan kes bunuh

IPOH, 3 Februari- Tiga kakitangan dan seorang pelatih ditahan susulan kematian seorang lelaki berusia 50 tahun di Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, Sungai Siput, Perak.

Kesemua ditahan berumur antara 30 hingga 38 tahun.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa ketika dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Hasil bedah siasat mengesahkan kecederaan tersebut akibat dipukul dengan menggunakan objek tumpul.

"Susulan itu, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam," katanya kepada pemberita di sini.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


(Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan awal mendapati
terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa ketika dibawa ke
Hospital Raja Permiasuri Bainun (HRPB) di sini)

Media Baharu