fb fb fb fb fb

Pelarian Rohingya masuk IPT dengan tempat terhad - Khaled

(FOTO HIASAN)

PASIR GUDANG, 22 Jun - Masyarakat tidak perlu bimbang dengan kemasukan pelarian Rohingya ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk melanjutkan pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelarian Rohingya yang masuk ke IPT sama ada awam atau swasta akan dinilai terlebih dahulu mengikut kelayakan dari segi akademik dan merit.

(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

"Tidak semua etnik Rohingya seperti yang kita lihat di luar, ada di antara mereka yang berkelayakan. Malaysia sebuah negara yang ramai pelajar antarabangsa datang untuk belajar, jadi ada antaranya Rohingya.

"Sekiranya dia (Rohingya) berkelayakan, boleh bayar, mereka boleh memohon melanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang tertentu dengan tempat yang terhad dan IPTS memang terbuka," katanya selepas melakukan lawatan kerja di Politeknik Ibrahim Sultan, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan orang ramai dengan langkah membenarkan pelarian Rohingya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di IPT tempatan.

Tambah Mohammed Khaled, persepsi masyarakat perlu diperbetulkan terhadap isu peluang pelarian Rohingya menyambung pengajian di IPT.

Katanya, selain sifat insan terhadap umat Islam ia juga memberi peluang kepada pelajar Rohingya apabila keluar nanti membentuk dan mendidik masyarakat mereka sendiri supaya tidak menimbulkan masalah.

Media Baharu