fb fb fb fb fb

Pelarasan tarif elektrik, pengguna Pulau Pinang kekal berjimat

Foto Fail

GEORGE TOWN, 23 Disember- Rata-rata penduduk Pulau Pinang menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai pelarasan tarif elektrik yang dilaksana secara penyasaran semula subsidi. 

Sebanyak 85% atau kira-kira tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

"Saya terkejut juga tapi bila diterangkan, rupanya kami pengguna domestik B40 ini tidak terkesan. Kami bersyukur rebat masih diteruskan dan kami pun masih perlu berjimat cermat," kata Naemah Ismail kepada pemberita.

"Mula-mula kami agak terkejut, sebab ingat macam tinggilah nantikan. Namun, selepas dengar penerangan kami sebagai golongan B40 ini tidak terkesan. Alhamdulillah, kami bersyukurlah cumanya kami kena lebih berjimat cermat sebab situasi ekonomi sekarang," kata Nurul Nadiah Osman.

"Alhamdulillah, bersyukur sangat untuk kami yang golongan B40 ini. Duit yang lebih itu boleh guna untuk menampung keluarga saya seharian. Tahun depan sudah mula sekolah. Jadi, boleh guna untuk bayar yuran sekolah," kata Mohd Hafiz Zawawi.

Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion subsidi kepada kategori pengguna yang terlibat bagi meminimumkan impak surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sepanjang tempoh pelaksanaannya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM