fb fb fb fb fb

Pelancong bertambah, permintaan perkhidmatan pengangkutan awam meningkat

BANDA HILIR, 5 Disember- Jumlah kedatangan pelancong ke Melaka pada tahun ini meningkat ketara.

Situasi positif itu membolehkan perkhidmatan pengangkutan awam menggandakan operasi.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pengangkutan feri ke Melaka antara yang merekodkan pertambahan permintaan.

Situasi menyaksikan jumlah perjalanan pengangkutan air berkenaan meningkat kepada 11 perjalanan seminggu berbanding tiga perjalanan pada Mei.

Kerajaan negeri turut menerima pertambahan permohonan untuk melabuhkan feri di Melaka.


(Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri,
Datuk Muhammad Jailani Khamis)

Selain itu katanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) juga aktif apabila ketika ini penerbangan dari Pulau Pinang dan Pekan Baru terus mendapat sambutan menggalakkan dengan setiap hari sekurang-kurangnya satu penerbangan.
 
“Insyallah selagi kita mengekalkan momentum untuk memantapkan ekonomi negeri dengan aktiviti-aktiviti promosi dan juga mengekalkan harga dalam negeri Melaka ini. Saya minta semua peniaga kekalkan harga yang kompetitif dan mampu bayar supaya para pelancong kekal berada di Melaka, insya-Allah”, katanya.

Beliau berharap semua penggiat industri pelancongan dapat mengekal dan menambah baik perkhidmatan bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung tahun hadapan.
  
Ia sekali gus dapat kembali meningkatkan ekonomi negeri melalui sektor tersebut.

Media Baharu