fb fb fb fb fb

Lebih 90 peratus kediaman di Melaka pasang meter pintar TNB

AYER KEROH, 5 Disember- Sebanyak 92 peratus kediaman di Melaka sudah beralih kepada pemasangan meter pintar (smart meter) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
 
Pengurus Besar TNB Melaka, Khairizam Ibrahim berkata, jumlah itu membabitkan lebih 330,000 pengguna di negeri tersebut
 
Katanya, walaupun peratusan dilihat itu cukup baik, namun pihaknya akan terus komited untuk memastikan 100 peratus pengguna beralih kepada meter pintar dalam masa terdekat.
 
“Dia banyak pelbagai isu operasilah, ada pengguna memang sebahagian kecik itu tegar sebahagiannya rumah rumah kosong di mana mungkin pemilik itu berada di luar Melaka dan rumah itu memang kosong tidak berpenghunilah jadi dari segi konteks ini mungkin pengguna kurang minatlah menukar smart meter", katanya.
  
Bercakap kepada media di Ayer Keroh katanya, pengguna yang masih belum beralih kepada meter itu diminta menghubungi TNB untuk pemasangan.


(Pengurus Besar TNB Melaka, Khairizam Ibrahim)

Media Baharu