fb fb fb fb fb

Pelancaran HETR, letak Malaysia sebagai peneraju industri tenaga boleh baharu

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Pelancaran Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) bakal meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam peralihan tenaga dan menjadi peneraju serantau dalam industri tenaga boleh baharu (TBB).

Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pelaksanaan HETR dijangka memberi prospek janaan pendapatan sehingga RM12.1 bilion dengan anggaran sumbangan antara RM49 bilion hingga RM61 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

HETR juga dijangka mampu mewujudkan lebih 45,000peluang pekerjaan dalam tempoh sama.

Kejayaan pelaksanaan HETR akan membolehkan Malaysia meneroka pasaran hidrogen hijau global dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM824 bilion menjelang 2050.

"Pelaksanaan HETR sahaja dijangka memberi prospek menjana pendapatan sehingga RM12.1 bilion dengan anggaran sumbangan antara RM49 bilion dan RM61 bilion kepada KDNK menjelang 2030.

Ia bakal mewujudkan lebih 45,000 peluang pekerjaan dalam tempoh sama," kata Fadillah dalam ucap tama perasmian IGEM Edisi Ke-14 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


(Foto FB Menteri)

Hadir sama, Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang.

IGEM edisi ke-14 yang diadakan selama tiga hari bermula semalam bertemakan "Usaha Ke Arah Rendah Karbon: Kepimpinan dalam Tindakan Iklim" .

Media Baharu