fb fb fb fb fb

Dua beradik maut, motosikal rempuh kereta ketika cuba memotong

(Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di Hutan Melintang, Perak)

HUTAN MELINTANG, 5 Oktober- Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, Perak, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa berusia 15 dan 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang.

Setiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong sebuah kenderaan dengan memasuki laluan bertentangan, sebelum bertembung sebuah kereta.

Pemandu kereta mengalami cedera ringan, manakala mangsa maut dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. 

(Ahmad Adnan Basri)

Media Baharu