fb fb fb fb fb

Pelancaran bulan kebangsaan, 10,000 pengunjung dijangka hadir

IPOH, 15 Julai- Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, mulai hari ini.

Majlis pelancaran akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof esok.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa berkata bagi memastikan kelancaran liputan program, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) turut menyediakan tahap capaian internet yang baik.

Penganjuran program turut mendapat kerjasama penuh daripada pelbagai agensi terlibat.

"Saya amat berbangga dengan kerjasama ditunjukkan terutama agensi di bawah KKD sendiri dan juga sokongan daripada kerajaan negeri.

"Kibarkan jalur gemilang dimana sahaja termasuk di rumah, premis dan kenderaan.

"Kita berharap sambutan pada tahun ini lebih meriah dan setiap tempat kita pergi, jalur gemilang dikibarkan," katanya selepas sesi raptai penuh yang diadakan di sini.

Selain Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, turut diadakan aktiviti 6,600 Langkah Perpaduan, Forum Perdana Ehwal Islam dan Flag Off Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Turut ditawarkan, diskaun saman oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jualan Rahmah serta pameran agensi kerajaan dan negeri.


(Penganjuran program turut mendapat kerjasama penuh daripada pelbagai agensi terlibat)

Media Baharu