fb fb fb fb fb

Program Mini KUD, 10,000 pengunjung dijangka hadir

SUNGAI PETANI, 15 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba tepat pada pukul 12.20 tengah hari tadi di Program Sentuhan Kasih Desa @ Sungai Petani pada Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Dataran Aman Jaya Mall, Sungai Petani.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana menteri juga sempat berkunjung kanopi usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta bertanya khabar orang ramai.

Dijangka 10,000 pengunjung hadir memeriahkan program itu.

Pelbagai program serta aktiviti diadakan dan lebih 100 usahawan daripada enam agensi daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hadir memeriahkan program tersebut.

KKDW menyasarkan jualan RM200,000 selama tiga hari dua malam bermula 14 hingga 16 Julai.


(Dijangka 10,000 pengunjung hadir memeriahkan program itu)

Media Baharu