fb fb fb fb fb

Pelan perlindungan berkaitan peti suara sedang dirangka - KSM

(Foto National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH))

BANGI, 20 Mei- Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang merangka satu pelan perlindungan kepada golongan yang menggunakan 'peti suara' sebagai sumber pendapatan utama.

Hal ini kerana mengikut kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) hampir 78 peratus golongan guru sekolah rendah di sekitar Lembah Klang mengalami ketidakselesaan vokal dalam setahun dan hampir 30 peratus pesakit dirujuk kepada ahli terapi pertuturan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud berkata pihaknya akan melihat isu ini secara menyeluruh agar dapat mencari jalan penyelesaian yang komprehensif demi menjamin kebajikan para pekerja yang bergantung kepada suara mereka.

"Ia melibatkan perbincangan bersama beberapa institusi dan agensi seperti Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

"Katanya lagi , suara dianggap instrumen penting bagi golongan pengguna suara profesional seperti penyanyi, pembaca berita, pengacara dan guru," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH))

Media Baharu