fb fb fb fb fb

Pelan Perak Sejahtera bakal wujudkan 50,000 peluang pekerjaan

(FOTO RTM)

IPOH, 27 September -Sekurang-kurangnya 50,000 peluang pekerjaan di Perak bakal wujud dalam tempoh 10 tahun melalui Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A.Sivanesan berkata, ini sekaligus mampu menarik minat anak-anak muda di negeri itu untuk bekerja tanpa perlu berhijrah ke luar negeri itu.

Menurut Sivanesan, ke arah itu, kerajaan negeri telah menyediakan beberapa langkah bagi memenuhi kehendak industri atau ‘Fit The Market’.

"Kalau ingin mengadakan kursus-kursus kemahiran ini.

Kita boleh dapatkan anak-anak muda yang tidak bekerja selepas tingkatan lima mereka boleh sertai dan kita bagi dia elaun, kita berikan kemahiran kemudian kita juga akan mendapatkan kerja untuk mereka", katanya demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.


(Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak,
A.Sivanesan)

Media Baharu