(FOTO HIASAN)
SEREMBAN, 27 September- Kerajaan negeri perlu memainkan peranan penting bekerjasama dengan kerajaan perseketuan dalam usaha mempertingkat pengeluaran beras negara.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Sabah dan Sarawak antara negeri yang berpotensi dan dilihat sesuai untuk mengusahakan tanaman padi berskala besar.
"Maknanya kerajaan negeri punya tanah dan kuasa, jadi kerajaan pusat perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri, tidak kiralah pembangkang atau sebaliknya. Soal makanan semua perlu beri kerjasama,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Konvensyen Himpunan dan Deklarasi Usahawan Pemasar Agro Madani (KHIDMAD) 2023 di Institut Latihan FAMA, Port Dickson.
Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia dan bersiap siaga menjelang musim tengkujuh akan datang untuk memastikan bekalan makanan khusunya sayur-sayuran mencukupi.
(Datuk Seri Mohamad Sabu ditemui media pada Program Konvensyen Himpunan dan Deklarasi
Usahawan Pemasar Agro Madani (KHIDMAD) 2023 di Institut Latihan FAMA, Port Dickson)