fb fb fb fb fb

Pelan Perak Sejahtera 2030 bawa pulangan RM6.6 bilion

IPOH, 15 Jun- Sebanyak 294 projek membabitkan pelaburan sebanyak RM6.6 bilion berjaya direkodkan selepas setahun Pelan Perak Sejahtera 2030 dilaksanakan.   

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia sekaligus menyaksikan pelan itu berada pada landasan betul dalam memacu kejayaan kepada negeri tersebut.

Dalam tempoh setahun, Perak menerima banyak pelaburan berimpak tinggi, termasuk Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, pembinaan kilang elektronik XP Power di Seri Iskandar dan pembinaan kilang memproses mineral di Silver Valley Technology Park. 

Jelasnya lagi, selain ekonomi, dua sasaran lain yang turut diberi tumpuan menerusi pelan tersebut adalah aspek sosial dan politik. 

"Kita berada pada landasan yang betul dimana semua Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Pelaksana kita bermesyuarat serta memantau program yang dijalankan sama ada jabatan kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kita hendak memastikan semua itu berada pada landasan betul menuju kepada pencapaian lima perkara iaitu sekuriti makanan, peluang pekerjaan, rumah, kesihatan dan juga peluang pendidikan serta pembangunan belia," katanya kepada pemberita pada Majlis Setahun Perjalanan Perak Sejahtera 2030 di sini.

Tambah Saarani lagi, dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja turut diwujudkan bagi menjayakan 18 program 'flagship' yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.


(Jelasnya lagi, selain ekonomi, dua sasaran lain yang turut diberi tumpuan
menerusi pelan tersebut adalah aspek sosial dan politik )

Media Baharu