fb fb fb fb fb

Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dilancar

PETALING JAYA, 17 Mei- Seiring dengan peralihan ke fasa endemik dan menyemarakkan pelancongan domestik, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022.

Menerusinya pelbagai diskaun, baucar dan rebat berkaitan industri pelancongan tempatan ditawarkan.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, pelan merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pemberian diskaun bermula 29 April ini melibatkan Kluster Pengangkutan Darat dan Kluster Persatuan Pelancongan.

Ia bakal diperluas kepada Kluster Pengangkutan Udara, Penginapan dan Pelancongan Minat Khas.

"Kita sebenarnya sasaran kita lebih kepada lagi sekali, untuk meningkatkan mobiliti dalam negara kita melalui pelancong-pelancong supaya mereka lebih rancak lagi untuk pergi melancong lagi, kita mahu rakyat kita berbelanja dalam negara kita. Jadi sebab itu kita memberi peruntukan diskaun untuk orang pergi naik kereta api, pengangkutan darat dan juga pengangkutan udara," katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 di Petaling Jaya.

Turut dilancarkan, Lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua bertajuk ‘Menemui Semula’ nyanyian Aina Abdul yang ditulis James Boyle,dan hasil gubahan komposer, Anant Kumar.


(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 di Petaling Jaya)

Media Baharu