fb fb fb fb fb

Industri perfileman perlu berani lakukan pembaharuan

CANNES, 17 Mei -  Penggiat industri filem Malaysia digesa proaktif dan bijak mengambil peluang bagi memastikan perfileman negara berkembang standing antarabangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu mereka beranimeninggalkan zon selesa dan mengorak langkah melakukan pembaharuan.

Saranan diberi kepada pemain industri terutama delegasi Malaysia ke program pasaran filem terbesar 'Marche du film' yang dianjurkan bersempena Festival Filem Cannes ke-75.


(Tan Sri Annuar Musa/BERNAMA)

"Kementerian berhasrat mencipta semula filem industri, saya beritahu kepada Ketua Pengarah FINAS, mari kita cari jalan keluar daripada kebiasaan. Kita tidak boleh kembali berniaga seperti biasa kerana perlu menjadi sesuatu yang luar biasa, kita kena berani buat apa yang negara lain lakukan. Kita baru ambil tiga langkah tapi mereka sudah sepuluh langkah," kata Annuar selepas merasmikan Malaysia Pavilion di Palais de Festival.

Menurut beliau, festival sebegitu amat penting kerana menjadi platform menghubungkan pemain industri global.

Media Baharu