fb fb fb fb fb

Jelajah Muafakat 'Karib, Aksesibiliti, Majmuk dan Inklusif' (KA-MI) bermula bulan ini- Halimah

PUTRAJAYA, 17 Mei- Selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan Jelajah Muafakat 'Karib, Aksesibiliti, Majmuk dan Inklusif' (KA-MI) di seluruh negara bermula bulan ini.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata jelajah itu bertujuan memastikan semangat perpaduan menjadi teras kepada keharmonian Keluarga Malaysia.

Jelasnya, program tersebut selaras dengan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 - 2025, yang bakal dianjurkan secara tiga peringkat.

"Tahun ini kita fokus kepada Program Muafakat Keluarga Malaysia atau muafakat kami yang akan dilaksanakan di peringkat negeri, daerah hingga ke akar umbi dan kemudian gerakan bersama rakan perpaduan NGO kita akan selesai sedikit masa lagi," katanya

Beliau ditemui dalam sidang media Majlis Sambutan Aidilfitiri kementerian itu di Putrajaya.

Antara program bakal menghiasi Jelajah Muafakat KAMI adalah Rumah Uniti, Kenduri Perpaduan, Citarasa Keluarga Malaysia dan Sukan Perpaduan.


(Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya)

Dalam perkembangan lain, Halimah memaklumkan 8,330 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan terus diperkukuh bagi merapatkan lagi hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ujarnya, fungsi dan peranan KRT amat penting sebagai 'mata dan telinga' kerajaan dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul di kawasan berkenaan.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan RM50 juta untuk pembangunan KRT.

"Walaupun tak banyak dalam satu KRT, RM6,000 sahaja tetapi pada KRT ini adalah satu penghargaan daripada kerajaan kerana sebelum ini tidak ada, hanya diusahakan," katanya lagi.

Media Baharu