fb fb fb fb fb

'Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing' akan diperkenal

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 10 Januari- Pelan khas menggaji warga asing dengan syarat lebih longgar diperkenal bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan di negara ini.

Menerusinya pelan tersebut, majikan boleh mendapatkan pekerja dari 15 negara sumber tanpa perlu melalui pra-syarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing membolehkan majikan mendapat pekerja berdasarkan kemampuan dan keperluan.

Beliau berkata kemudahan dan kelonggaran yang dirangka itu bersifat sementara bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

"Komitmen kerajaan ialah majikan perlu memasukkan permohonan dan piagam pelanggan kita untuk pelaksanaan Akta 1955 khususnya Seksyen 60 K adalah kelulusan dalam tempoh kurang tiga hari yang kita namakan kelulusan bersyarat.

"Syaratnya adalah akan ada proses naziran dan proses inspektorat", katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri di Putrajaya.

Maklumat terperinci mengenai Pelan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Media Baharu