fb fb fb fb fb

Pelaksanaan VOP bantu kontraktor kecil

(FOTO BERNAMA)

KUCHING, 6 Ogos- Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) oleh Kementerian Kerja Raya sedikit sebanyak membantu terutamanya kontraktor kecil daripada gulung tikar.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kementerian Kewangan juga telah menambah 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan VOP bagi membantu kontrator berdepan kenaikan harga barang binaan.

Secara keseluruhan bahan binaan dalam VOP ialah 15, antaranya simen, batu bata dan dinding serta bahan bumbung.

"Saya dimaklumkan sekarang ini harga besi sudah mulai turun, cuma harga simen masih tinggi.

"Saya kira insya-Allah tak lama lagi harga akan stabil, pada masa sama kita akan memberi sokongan bergantung dengan keadaan kontrak itu dan juga apa yang sudah diluluskan kerajaan," katanya.

(Fadillah Yusof)

Fadillah ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Pameran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak, di sini hari ini.

Pelaksanaan VOP membantu dalam memastikan projek kerajaan tidak terjejas serta disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Media Baharu