fb fb fb fb fb

Kembara Riuh Keluarga Malaysia Edisi ke 3, Riuh Nau! mampu catat lebih 20,000 pengunjung

BANDA HILIR, 6 Ogos- Kembara Riuh Keluarga Malaysia Edisi ke 3, Riuh Nau! yang sedang berlangsung di Melaka diyakini mampu mencapai sasaran kehadiran 20,000 pengunjung.

Keyakinan itu disuarakan Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa.

Ia katanya selepas melihat sambutan menggalakkan yang diterima daripada pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara.

Beliau mahu kemeriahan Riuh Nau! dapat terus dikekalkan dan ditambah baik daripada masa ke semasa.

Beliau ditemui selepas melawat tapak kembara Riuh Keluarga Malaysia di Dataran Pahlawan, Banda Hilir.

Pada lawatan itu beliau berkesempatan beramah mesra dan meninjau produk serta hasil kreatif yang dipasarkan peserta dalam kembara berkenaan.

Kembara Riuh Keluarga Malaysia di Melaka berlangsung selama tiga hari berakhir esok.


(Tan Sri Annuar melawat tapak kembara Riuh Keluarga Malaysia di Dataran Pahlawan, Banda Hilir)

Media Baharu