fb fb fb fb fb

Pelaksanaan subsidi tarif elektrik, projek perintis subsidi bersasar

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Pelaksanaan subsidi tarif elektrik dilihat sebagai projek perintis kepada subsidi bersasar yang akan digunakan semua pihak.

Penganalisis Ekonomi, Universiti Kuala Lumpur, Profesor Dr Aimi Zulhazmi Rashid berkata peruntukan bernilai RM10.76 bilion itu mudah dikawal kerana pembekalannya hanya melibatkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Namun, pelaksanaannya perlu diperincikan lagi bagi mengelakkan pemberian subsdisi kepada pihak yang tidak terkesan.


(Namun, pelaksanaannya perlu diperincikan lagi bagi mengelakkan
pemberian subsdisi kepada pihak yang tidak terkesan)

"Perkara tersebut perlu dilihat secara lebih dalam lagi, kalau subsidi berkenaan terlalu pukal mungkin orang kaya turut menikmati subsidi elektrik itu sendiri. Hal itu harus diperincikan lagi, dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemu bual pemberita secara talian dalam Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.

Media Baharu