fb fb fb fb fb

Etiqa Family Takaful peruntuk zakat lebih RM20 juta tahun lalu

PASIR MAS, 7 Januari- Etiqa Family Takaful memperuntukkan zakat sebanyak RM20.5 juta sepanjang tahun lalu yang memfokuskan amal jariah dan pembangunan ummah di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim sebahagian daripadanya diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri, manakala selebihnya disampaikan secara terus melalui kerjasama dibuat bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Zakat berkenaan diagihkan dalam pelbagai bentuk termasuk serahan pengangkutan van jenazah atau kepada pusat tahfiz selain membaik pulih infrastruktur masjid atau surau," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Van Jenazah dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia di Masjid Gelang Mas, Mukim Banggol Naim, di sini.

Mengulas lanjut, Zafri berkata sepanjang tahun lalu, pihaknya memperuntukkan RM280,000 wang zakat untuk membeli dua buah van untuk dijadikan van jenazah serta pengangkutan kepada pelajar sekolah tahfiz.


(Zafri berkata sepanjang tahun lalu, pihaknya memperuntukkan RM280,000 wang zakat
untuk membeli dua buah van untuk dijadikan van jenazah serta
pengangkutan kepada pelajar sekolah tahfiz)

Pada masa sama, menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat dilaksanakan, ia turut memfokuskan golongan wanita dengan penyediaan van bergerak untuk masuk ke kampung bagi menawarkan khidmat pemeriksaan kanser secara percuma.

Media Baharu