fb fb fb fb fb

Pelaksanaan PDPR sepanjang tempoh baik pulih SK Baling

Kerja-kerja pemulihan dilaksana segera / Foto RTM

ALOR SETAR, 22 November - Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, (PdPR), dilaksana sepanjang tempoh baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Baling.

Jabatan Pendidikan Negeri, (JPN) Kedah memaklumkan, kerja-kerja pemulihan dilaksana segera bagi memastikan operasi sekolah berjalan seperti biasa dalam tempoh terdekat.

"Tiada sebarang kecederaan dalam kejadian kebakaran, semalam.

"Siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden, manakala penilaian kerosakan sedang dilakukan untuk menentukan skala baik pulih yang diperlukan,"menurut kenyataan.

JPN Kedah memberi jaminan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah kekal menjadi keutamaan, dan semua langkah sewajarnya diambil bagi memastikan persekitaran sekolah kembali selamat.

Beberapa bahagian sekolah termasuk pejabat pentadbiran, beberapa bilik darjah dan tandas, rosak akibat kebakaran, semalam.

FAUZIAH ABD RAHMAN