Pelaksanaan DPP banteras pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen

Kad UNHCR bukan dokumen kewarganegaraan dan tidak memberi imuniti daripada undang-undang Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sedang dilaksana Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi pendaftaran biometrik, saringan, kawalan serta penguatkuasaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh Jabatan Imigresen untuk pendaftaran biometrik, saringan, kawalan dan penguatkuasaan.
  • Operasi bersepadu dipertingkat membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen dan kemasukan melalui lorong haram.
  • Analitik data dan teknologi pemantauan dimanfaatkan untuk mengesan risiko serta menyokong tindakan penguatkuasaan dan peluasan AKPS.
  • Peruntukan RM1.2 bilion disalurkan merentasi beberapa agensi bagi projek kawalan dan keselamatan pintu masuk negara.

Serentak dengan itu, operasi bersepadu membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen serta kemasukan melalui lorong haram, sedia dipertingkat.

Dalam masa sama, analitik data serta teknologi pemantauan sedia dimanfaat bagi mengesan risiko dan tindakan penguatkuasaan termasuk peluasan operasi oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Ke arah itu, RM1.2 bilion ringgit telah diperuntuk merentasi beberapa agensi bagi projek berkaitan kawalan dan keselamatan di pintu masuk negara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) turut memaklumkan kad UNHCR bukan dokumen kewarganegaraan dan tidak memberi imuniti daripada undang-undang Malaysia.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan tetap disiasat dan diambil tindakan. Kerajaan juga sedia maklum berhubung kebimbangan rakyat berkaitan pengurusan pelarian, khususnya isu dokumentasi, sindiket pemerdagangan manusia dan kesannya kepada keselamatan komuniti setempat,”jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.