fb fb fb fb fb

Pelajar terima PerantiSiswa Keluarga Malaysia puas hati dengan kualiti peranti, guna untuk pembelajaran - Annuar

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bergambar bersama para
pelajar yang menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Vokasional Langkawi)

LANGKAWI, 18 Oktober - Pelajar yang menerima peranti bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia berpuas hati dengan kualiti peranti itu untuk kegunaan pembelajaran mereka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau mendapat maklum balas sangat baik daripada kalangan pelajar berkenaan. 

Mengulas lanjut, Tan Sri Annuar berkata kementeriannya komited memastikan keseluruhan lebih 200,000 permohonan PerantiSiswa yang telah diluluskan itu dapat selesai diagihkan sebelum akhir Oktober nanti.


(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meninjau proses pengagihan
PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Vokasional Langkawi)  

"Kita nak sampaikan serentak seluruh negara, saya telah minta kerjasama menteri-menteri, timbalan menteri, pemimpin-pemimpin dan pengetua untuk 'roll out' seberapa cepat supaya dapat memiliki peranti ini seboleh-bolehnya dalam bulan ini yang baki 200,000 lebih sebelum akhir bulan November," kata beliau ketika ditemui media selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Vokasional Langkawi pada Ahad.
 
Pada majlis itu, seramai 303 orang pelajar mewakili empat buah sekolah daripada golongan B40 di Langkawi menerima peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Media Baharu