fb fb fb fb fb

PM jamin kontraktor berkelayakan dapat peluang projek pembangunan negara

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen
Kontraktor Melayu 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor
Melayu Malaysia PKMM ke 43 di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kontraktor tempatan berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek pembangunan negara.

Justeru, beliau menafikan pelbagai tuduhan kononnya peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM95 bilion dalam Bajet 2023 hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.

Tambah beliau jumlah dana diperuntukkan itu merangkumi lebih 7,615 projek pembangunan, merupakan tertinggi dalam sejarah dan membuka lebih banyak peluang kepada pelbagai pihak.

"Kerajaan yang saya pimpin hari ini sentiasa mengutamakan pembangunan infrastruktur untuk dimanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia.

"Selain itu Bajet 2023 turut menyediakan pelbagai inisiatif untuk golongan kontraktor seperti peruntukan sebanyak RM500 juta, pembiayaan skim pembiayaan kontrak ekspres dengan dana RM20 juta.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kontraktor tempatan
berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan
projek pembangunan negara/BERNAMA)

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia PKMM ke-43 di ibu negara.

Pada 7 Oktober lalu, kerajaan membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM272.3 bilion iaitu; terbesar dalam sejarah negara yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Media Baharu