fb fb fb fb fb

MetMalaysia keluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai kedudukan Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan taufan tersebut kini berada di kedudukan 380 km ke timur Hainan, China dan berdasarkan pemerhatian pada pukul 8 pagi tadi, taufan itu bergerak ke barat barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.

(Foto fail)

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan tersebut.

Media Baharu