fb fb fb fb fb

JPBD Kota Tinggi siap sedia hadapi banjir

KOTA TINGGI, 18 Oktober- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi siap siaga menghadapi musim banjir, melibatkan 65 lokaliti merangkumi 53 kampung, taman perumahan dan felda.

Sebanyak 64 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh memuatkan kira-kira 5,000 penduduk juga dalam keadaan siap sedia, ketika ini.

Pegawai Daerah, Datin Hazlina Jalil yang juga Pengerusi JPBD memaklumkan, agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya juga telah menjalankan kerja-kerja menambah baik kawasan kerap dilanda banjir.


(Pegawai Daerah dan Pengerusi JPBD Kota Tinggi, Datin Hazlina Jalil)

Antaranya pembersihan longkang dan baik pulih jalan.

"Setakat ini pengangkutan jentera-jentera yang kita dapat gunakan ada 147, aset lain ada lebih 1,000 termasuk yang disumbangkan Petronas. Kita juga terima sumbangan khemah daripada Yayasan Sultan ibrahim," katanya pada Program Bantuan Bencana Petronas di Kota Tinggi.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan projek naik taraf jalan Mersing-Kota Tinggi bagi mengatasi masalah isu jalan terputus setiap kali musim banjir dijangka siap November ini.

Media Baharu