fb fb fb fb fb

67 penduduk terjejas banjir di Kedah masih ditempatkan di dua buah PPS

(FOTO FAIL)

ALOR SETAR, 18 Oktober - Seramai 67 penduduk terjejas banjir daripada 16 keluarga di dua daerah di negeri Kedah masih di tempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 11 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar Pertahanan Awam Mohd Muaz Mohd Yusuf berkata di daerah Kubang Pasu, sebuah PPS dibuka di SMK Changlun menempatkan 24 penduduk terjejas banjir daripada 5 keluarga.

Manakala di Langkawi, PPS Dewan Syifak, Padang Mat Sirat masih dibuka menempatkan 43 penduduk yang terjejas daripada 11 buah keluarga.


(Foto fail)

Dua mukim terjejas iaitu di mukim Padang Mat Sirat melibatkan Kampung Atas dan Kampung Limbung Putra dan Mukim Kuah melibatkan sebuah kampung iaitu Kampung Buluh Penyumpit.

Jabatan Metrologi Malaysia meramalkan cuaca mendung dan hujan di satu dua tempat di Langkawi.

Media Baharu