fb fb fb fb fb

Festival Permai 2025 meriah, sasar kehadiran lebih 50,000 pengunjung

Festival Permai 2025 sasar kehadiran lebih 50,000 pengunjung

KANGAR, 4 Mei - Kerajaan Negeri Perlis menyasarkan kehadiran lebih 50 ribu pengunjung dari seluruh negara sepanjang tiga hari Festival PERMAI bermula 2 hingga 4 Mei ini.

Festival PERMAI merupakan gabungan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan (HPPN) dan Festival Mangga Harumanis Negeri Perlis yang dijenamakan semula.

Ia juga bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Hari Keputeraan baginda bulan ini.

Pada 2024, penganjuran HPPN merekodkan jualan lebih 694 ribu ringgit.

Pada tahun ini, Festival PERMAI hasil gabungan HPPN dan Festival Mangga harumanis Perlis menyasarkan nilai jualan mencecah RM900,000 .

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dalam ucapannya berkata bagi memastikan sektor pertanian di negeri Perlis diperkasa, pihaknya sentiasa komited menyokong peladang, penternak dan nelayan melalui pelbagai inisiatif.

Ini termasuk bantuan subsidi, latihan kemahiran, teknologi pertanian moden, serta akses kepada pasaran dan pembiayaan.

Perasmian festival berkenaan disempurnakan oleh Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN