fb fb fb fb fb

Pelajar OKU mangsa cabul diberi kaunseling

Lim Hui Ying menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan sesi 2023/2024 Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier

GEORGE TOWN, 4 Disember- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan sesi kaunseling kepada semua 14 pelajar golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang yang menjadi mangsa amang seksual pada 3 Disember lalu.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, sesi kaunseling amatlah mustahak kepada pelajar OKU ini memandangkan mereka memerlukan perhatian yang lebih dari pihak sekolah.

"Kes ini dalam siasatan polis. Jadi, untuk pengetahuan semua, pelaku telah digantung sekolah. Untuk memastikan kejadian ini tidak berlaku, kaunseling amatlah mustahak kerana mangsa adalah anak-anak keperluan khas.

"Jadi, mereka memerulka perhatian sepenuhnya dan kaunseling amat diperlukan,"katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah pun menggantung sekolah pelajar yang melakukan kes ini.

Pihaknya turut mengambil kaunselor dari sekolah lain bagi membimbing mangsa-mangsa berkenaan.

Tambah beliau, pihak sekolah juga telah diarahkan untuk membuat laporan lengkap berhubung kejadian ini kepada pihak kementerian.

Beliau berkata demikian setelah merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan sesi 2023/2024 Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier.

Turut disampaikan sumbangan bernilai RM70,000 bagi projek menaik taraf tandas sekolah berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE