fb fb fb fb fb

Pelajar IPT keluarga B40 terima bantuan MAIWP

(Datuk Seri Jalaluddin menyaksikan majlis menandatangani Mou antara Universiti Antarabangsa UNITAR,
Universiti Pertahanan Nasional Malasia UPNM dan PRIHATIN)

PETALING JAYA, 4 Oktober- 2,000 pelajar dari keluarga B40 di kawasan Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT menerima bantuan wang tunai dan peranti.

Sumbangan oleh Yayasan Prihatin dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tersebut merupakan salah satu inisiatif program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia JPKM.

Majlis penyampaian disempurnakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias kepada 200 penerima pertama.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, JPKM di Wilayah Persekutuan menyasarkan pelajar yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat PPR.

Terdahulu Datuk Seri Jalaluddin menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Antarabangsa UNITAR, Universiti Pertahanan Nasional Malasia UPNM dan PRIHATIN dalam membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan tinggi.


(Datuk Seri Jalaluddin menaympaikan bantuan kepada pelajar dari keluarga B40)

Media Baharu