fb fb fb fb fb

16 pajakan tanah, usaha Perbadanan Labuan memajukan hartanah

LABUAN, 4 Oktober- Perbadanan Labuan membuka pelawaan Cadangan Pelaburan (RFP) untuk 16 pajakan harta tanahnya di sekitar Labuan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rithuan Mohd Ismail ia bagi
menggalakkan penjanaan idea yang lebih kreatif dan inovatif daripada syarikat-syarikat yang berminat untuk memajukan hartanah di Labuan.

"PL telah memutuskan untuk menyewa dan memajakkan hartanah milik PL kepada pemaju, syarikat pembida yang berpotensi yang berminat untuk melabur di Labuan. RFP ini juga bertujuan untuk meningkatkan pelaburan dalam pelbagai sektor pembangunan bercampur dengan memfokuskan pelancongan, industri dan komersil," katanya.


(Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail)

Bercakap dalam sidang media jelasnya, ia meliputi 11 kawasan komersil bandar untuk pembangunan ruang perniagaan, pejabat, Meeting Incentive Conference and Exhibition (MICE), perumahan, hotel pelancongan, rekreasi, kedai bebas cukai dan sebagainya.

Selain itu, tiga hartanah industri termasuk bangunan Hab Halal dan kawasan Perindustrian Rancha-Rancha, Pengurusan Pengoperasian Terminal Feri Antarabangsa, Pengoperasian Kelab Golf Antarabangsa serta keseluruhan Pulau Papan bagi industri pelancongan dan rekreasi.

Dokumen boleh dimuat turun di laman web PL mulai 10 Oktober hingga 28 November ini, tempoh iklan dibuka sehingga 4 Disember 2022.

Media Baharu