fb fb fb fb fb

Sindiket salah guna nama Tabung Musa'adah JAKIM-Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), laporan polis dibuat

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee

PUTRAJAYA, 31 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius berkaitan aduan orang awam berhubung kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa’adah JAKIM–Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan berkata, laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, JAKIM tidak pernah melantik atau menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana individu atau pihak HubSpot. Inc bagi mewakili pihaknya untuk membuat kutipan sumbangan Tabung Musa’adah JAKIM–YWM.

Katanya, semua pihak digesa agar sentiasa berwaspada terhadap kewujudan sindiket palsu yang mencemarkan nama baik agensi hal ehwal agama, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, JAKIM sentiasa komited dalam membanteras segala bentuk penipuan dan penganiayaan demi memastikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE