fb fb fb fb fb

Pelaburan pembangunan infra RM100 bilion bakal ubah landskap pelancongan Sarawak

FOTO RTM

KUCHING, 23 November- Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan optimis pelaburan pembangunan infrastruktur strategik bernilai RM100 billion akan mengubah landskap pelancongan negeri Sarawak.
           
Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, menerusi unjuran sebesar untuk tempoh lima tahun itu, ia dijangka berupaya menarik lebih ramai kemasukan pelancong dengan kemudahan fasiliti yang lebih berkualiti.

"Semuanya menjurus untuk mengembangkan industri pelancongan dan ia sedang meningkat naik sekarang," katanya.
           
Datuk Seri Abdul Karim bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pristine Seas Bringing The Ocean Back di Muzium Borneo, Kuching hari ini.
           
Beliau diminta mengulas pengumuman Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari dalam laporan Pembangunan Pasca COVID-19 di Kuching semalam.
           
Katanya lagi peruntukan lebih RM100 juta bagi kementeriannya dalam belanjawan negeri minggu lepas juga bukti kesungguhan Sarawak dalam menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan global.
           
Dalam majlis perasmian itu, beliau meminta komuniti marin tidak mencemar perairan negeri dengan membuang sampah sarap.
           
Ia penting bagi memastikan khazanah dan keindahan laut di Sarawak dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

2311 KARIM PELANCONGAN SWKFOTO HIASAN

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE