KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Jumlah pelaburan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka meningkat kepada RM700 bilion iaitu peningkatan sebanyak 9% berbanding tahun 2022, menjelang akhir tahun 2023, kata Menteri Kewangan 1, Datuk Sri Ahmad Maslan.
Bagi dana KWSP di pasaran domestik, setakat Jun tahun ini, jumlah keseluruhan dana ialah RM665 bilion.
Pelaburan KWSP berpandukan lokasi dana yang ditetapkan panel pelaburannya setiap tahun dan bagi tempoh 2018 sehingga 2022 KWSP telah memperuntukkan purata melebihi 80% daripada jumlah lokasi dana tahunan untuk dilaburkan dalam pasaran domestik.
Manakala bagi tahun 2023, sebanyak RM97 bilion daripada jumlah lokasi dana tahunan telah diperuntukkan.
"Bagi memastikan KWSP dapat mengoptimumkan pelaburannya dengan mampan panel pelaburan KWSP sentiasa berpandukan lokasi aset strategik yang mengalokasikan aset pelaburan KWSP dalam pelbagai kelas aset, geografi, mandat dan strategi selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan," kata Ahmad Maslan menjawab pertanyaan wakil Sabak Bernam, Kalam Salan di Parlimen.
(Menteri Kewangan 1, Datuk Sri Ahmad Maslan)
Dalam pada itu, dewan turut dimaklumkan bahawa kerajaan kini sedang memuktamadkan keputusan mewujudkan akaun baharu yang boleh diakses ahli KWSP bagi meringgankan beban kewangan ketika pencarum menghadapi keperluan diluar jangka.
Ahmad Maslan berkata ia juga dijangka memberi manfaat secara menyeluruh terutama mereka daripada golongan B40, M40 dan T20 ketika kecemasan.
"Mulai tahun depan telah diumukan dalam Belanjawan 2024 kita akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum KWSP, sekarang ini ada akaun 1 dan 2, kita akan umumkan akauan fleksibel ini yang bolih diakses oleh semua ahli. Mulai tahun hadapan akaun fleksibel bagaimana kaedahnya, berapa peratus simpanan boleh masuk semua belum diputuskan, tetapi untuk membantu pengeluaran ketika kecemasan," katanya.