fb fb fb fb fb

Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah

BACHOK, 23 Oktober - Kajian tahun 2022 menunjukkan purata aktiviti membaca dalam kalangan rakyat Malaysia hanya tiga jam seminggu, kata Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Beliau yang juga merangkap sasterawan negara berkata DBP bersama-sama agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah dan merancang pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan kembali budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

"Sasaran kita ialah untuk menaikkan pembacaan ini dalam kalangan warganegara kita yang berumur 15 tahun ke atas, sebabnya sasaran ini yang ada di negara kita jumlahnya sekitar 18 juta, jadi kalau kita dapat tingkatkan kita percaya bahawa tabiat membaca dapat kita pertingkatkan," kata Dr Anwar, di sini.

rtm
(Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Anwar Ridhwan
bercakap kepada media pada sidang media Majlis Perasmian Karnival Kelantan Membaca
Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan

Peringkat Negeri Kelantan 2023, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok)

Menerusi penganjuran program berkenaan ia diyakini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat memartabatkan dan memperkasakan lagi bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sebagai tunjang pembinaan negara bangsa.

Dalam pada itu katanya, ibu bapa juga memainkan peranan penting memupuk minat dan amalan membaca kepada anak-anak dari rumah dengan memperkenalkan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian.

DBP kini juga sedang giat menerbitkan buku untuk kanak-kanak dan remaja.

Media Baharu