fb fb fb fb fb

Pelaburan di Malaysia tidak hanya tertumpu di Lembah Klang- Tengku Zafrul

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Sebanyak 4,517 projek yang diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM267.8 bilion berjaya di bawa masuk ke semua negeri sepanjang tahun 2022.

Ia melibatkan sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama yang mampu menjana 140,440 peluang pekerjaan.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Manakala daripada jumlah tersebut, sebanyak 39% diluluskan melalui pelaburan langsung domestik (DDI) dan 61% pula melibatkan pelaburan langsung asing (FDI). 

Lima negeri utama yang diluluskan pelaburan termasuklah  Johor, Selangor, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Pelaburan yang diluluskan di Lembah Klang iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor hanyalah merangkumi 31.9%. Ini menunjukkan bahawa pelaburan yang diluluskan di Malaysia tidak hanya tertumpu di Lembah Klang.

"Pada dasarnya, pemilihan lokasi pelaburan oleh pelabur adalah atas keputusan perniagaan (business decision) pelabur itu sendiri dan banyak bergantung kepada ekosistem dan kekuatan kluster industri di sesebuah negeri,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Wakil Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin  Alias di Parlimen.

Tambahnya, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga turut menyediakan pakej insentif cukai kepada pelabur domestik dan asing dalam menggalakkan pelabur menjalankan aktiviti bernilai tambah serta berteknologi tinggi.

Juga, bagi mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, Dasar Pelaburan Baharu Berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIP-NIA) turut menggariskan bagi kepentingan keseimbangan wilayah.


(Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz)

Media Baharu