fb fb fb fb fb

Diskriminasi tempat kerja, tiada keperluan mendesak rangka undang-undang khas - Sivakumar

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Tiada keperluan mendesak untuk merangka undang-undang khas berhubung diskriminasi di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar berkata hanya lapan aduan berkaitan isu diskriminasi diterima setakat ini membabitkan dua aduan berkaitan bayaran tunai dan enam aduan lagi selain bayaran tunai dan kesemua kes telah selesai.

Tambahnya, Akta Kerja 1955 sedia ada telah merangkumi aspek diskriminasi meliputi Garis Panduan Bagi Mencegah Tekanan Dan Keganasan Di Tempat Kerja 2001 yang menggariskan tindakan bersepadu terhadap isu permasalahan berkenaan.

"Dengan undang-undang sedia ada, ia telah memadai untuk memastikan supaya diskriminasi seperti ini, boleh dielakkan. Pekerja boleh membuat aduan berkaitan apa jua diskriminasi melalui surat, emel atau apa sahaja kaedah.

Kita juga ada satu aplikasi untuk tangani masalah ini iaitu Working For Workers (WFW)," kata Sivakumar di lobi Parlimen, hari ini.


(Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar)

Siva menambah ketika ini kementeriannya juga sedang berkerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi merangka satu garis panduan berkaitan risiko pengurusan mental di tempat kerja.

Media Baharu