fb fb fb fb fb

Pelabuhan Genoa, Venice sertai mogok solidariti Palestin

Aktivis Malaysia, ZRA Strim atau Zainal Rashid Ahmad turut menyertai konvoi Global Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR, 21 September - Pelabuhan Genoa dan Venice dijangka melancarkan mogok esok, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Pekerja pelabuhan Itali akan memulakan kempen bertemakan "No Arms in Cargo; No Cargo For Genocide".

Menurut video dimuat naik aktivis Malaysia, ZRA Strim atau Zainal Rashid Ahmad di akaun TikTok beliau, gerakan kesatuan sekerja pelabuhan itu akan turut disokong pelbagai pertubuhan awam, dengan demonstrasi dijadualkan berlangsung di Rom, Milan, Turin dan Naples.

"Seruan Itali akan disambut oleh kesatuan sekerja dan masyarakat awam di seluruh Eropah.

"Demonstrasi juga dijangka diadakan di bandar utama United Kingdom, Jerman, Switzerland, Sweden, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Norway," katanya.

Tekanan serentak itu bertepatan dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang bakal mengundi usul pembentukan Palestin merdeka.

Selain itu, kesatuan sekerja pelabuhan Itali turut mendesak kerajaan mereka memastikan keselamatan semua aktivis dalam konvoi Global Sumud Flotilla, serta menekan Israel agar tidak mengganggu, menahan atau melanggar undang-undang antarabangsa terhadap perjalanan misi tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE