fb fb fb fb fb

Pekerja kilang maut kemalangan

Kedua-dua kenderaan remuk bahagian hadapan

GURUN, 25 Oktober - Seorang pekerja kilang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan, dalam kejadian di Jalan Guar Nenas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata mangsa Fatin Nadiatul Ain Izahar, 23 tahun dari Kampung  Kuala Dulang Kecil Yan maut ditempat kejadian.

Manakala pemandu kereta berusia 33 tahun yang merempuh kereta mangsa cedera di bahagian pinggang dalam kejadian dilaporkan pukul 8.30 pagi itu.

"Siasatan awal mendapati kereta dinaiki wanita berusia 33 tahun itu dari arah Gurun termasuk kelaluan bertentangan lalu terlanggar kereta mangsa yang sedang bergerak dilaluannya dari arah Jalan Guar Nenas," kata Zaidy, di sini.

Akibat rempuhan itu kedua-dua kenderaan remuk bahagian hadapan sebelah kanan.

TETITIA YUSOFF