fb fb fb fb fb

Pekerja kilang direman bagi kes lembu korban

(Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan penipuan lembu korban)

KEMAMAN, 20 Oktober- Seorang pekerja kilang ditahan reman empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu bagi membantu siasatan kes penipuan urusan pembelian ternakan lembu untuk ibadah korban, Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 25 tahun yang merupakan penduduk tempatan tersebut ditahan polis di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 10 malam pada Selasa.

Menurut Superintendan Hanyan Ramlan, beliau menerima aduan daripada empat pengadu sekitar daerah Kemaman yang mendakwa telah ditipu suspek yang dikatakan telah menawarkan harga lembu yang lebih murah daripada harga pasaran untuk dijadikan ibadah korban.

Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek dikatakan menghantar gambar ternakan dan beberapa mangsa turut dibawa melihat lembu di kandang yang didakwa miliknya di Kampung Mak Chili bagi meyakinkan pembeli sebelum mereka membuat bayaran.

Bagaimanapun, pengadu tidak menerima lembu korban mereka hingga menyebabkan mangsa tidak dapat menjalani ibadah korban.

Suspek yang berjanji untuk membayar ganti rugi kepada mangsa turut bertindak menghilangkan diri.

Menurut Hanyan Ramlan, hasil kerjasama semua pihak termasuk orang awam, suspek berjaya ditahan.

Kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

(Supek ditahan polis Shah Alam, pukul 10.00 malam pada Selasa)

 

 

Media Baharu