fb fb fb fb fb

Nas Daily ke Malaysia?

(Nas Daily dalam salah satu siaran di platform media sosial)

SEREMBAN, 20 Oktober- Seorang rakyat warga Israel yang juga merupakan seorang Youtuber menggunakan nama Nas Daily dikesan memasuki negara ini menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis di bawah kepulauan Caribbean pada Ahad lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua passport dari dua negara berkenaan.

"Youtuber tersebut merupakan seorang warganegara Israel. Apa yang ingin saya jelaskan di sini beliau masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport negara lain dan bukan pasport dari negara Israel."

Beliau turut menambah "Nas Daily menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis iaitu negara di Caribbean Community dimana kerakyatan di Saint Kitts ini saya difahamkan boleh diperolehi oleh rakyat dari negara lain."

Beliau ditemui pada majlis perasmian Program 3P di Pusat Reintegrasi Penghuni, Mantin pada Rabu. 

Nas Daily memasuki negara ini pada 15 Oktober lalu dan keluar pada 16 Oktober.

Dalam pada itu, buat masa ini tiada tindakan dari segi Akta Imigresen dikenakan ke atas Nas Daily ekoran kemasukannya secara sah sebagai seorang pelancong.

(Khairul Dzaimee Daud ketika ditemui pemberita pada majlis Program 3P) 

 

 

Media Baharu