fb fb fb fb fb

Kenal siapa kawan dan lawan - Ismail Sabri

(Ismail Sabri berucap di Dataran Serdang, Kedah)

KEDAH, 20 Oktober- Perdana Menteri mengingatkan ahli Barisan Nasional (BN) sedar dan tahu siapa kawan dan lawan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

BN mengenal pasti lawannya untuk PRU15 yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA), Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata serangan seharusnya dihalakan ke arah pihak lawan dan bukannya ‘tembak kaki sendiri’.

"Kita dah tahu nak lawan siapa, serang mereka,” katanya ketika berucap pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran peringkat negeri Kedah di Dataran Serdang, pada Rabu.

Beliau turut berkata segala faedah ke atas rakyat yang diumumkan dalam Bajet 2023, sebaiknya digunakan ahli-ahli BN sebagai bahan untuk menghadapi PRU15.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada PRU-15 ini, BN menyasarkan sekurang-kurangnya 11 kerusi parlimen di Kedah untuk dimenangi.

Pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober lalu untuk memberi laluan kepada PRU15 diumumkan Ismail Sabri, selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

(Ismail Sabri pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Kedah)

Media Baharu