(Antara persembahan nyanyian pada majlis MTHQA ke-62 di KLCC)
KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 1444 Hijrah/2022 Masihi, bermula pada Rabu (19 Oktober) hingga Isnin (24 Oktober) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Seramai 41 peserta melibatkan 31 buah negara yang menyertai MTHQA kali ini akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara taranum menurut satu kenyataan yang dikeluarkan abatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kenyataan itu turut menambah, “pelbagai pengisian menarik akan diadakan sepanjang MTHQA berlangsung.”
Keluarga Malaysia yang ingin menyaksikan MTHQA secara fizikal, dijemput hadir ke Dewan Plenary KLCC bermula 8.45 malam dan tempat adalah terhad.
Siaran langsung MTHQA boleh ditonton bermula jam 8.45 malam di saluran RTM TV1 dan media sosial rasmi Jakim.
Empat peserta memperdengarkan bacaan pada hari pertama iaitu dua qari Masoud Noori dari Iran dan Brahim Boughalab (Belgium), serta dua qariah iaitu Nuhuman Nuha (Sri Lanka) dan Yuni Wulandari Hasim (Indonesia).
(Foto hiasan)